Tuesday, February 3, 2009

HMT329 Lagu Untukmu

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza

Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Pada pendapat saya, saya berasa penulis lirik lagu ini ingin menyampaikan bahawa seorang yang berasa dirinya sudah lama dipermainkan oleh kekasihnya.walau bagaimanapun, beliau tidak ingin mengubah dirinya untuk menyesuaikan dirinya dengan kekasihnya. Akhirnya beliau ingin menamatkan perhubungan mereka kerana beliau berasa bahawa mereka adalah tidak sehaluan.

No comments:

Post a Comment